Mas sejemput

Kuih mas sejemput merupakan sejenis hidangan kuih tradisional Melayu yang lemak manis yang dihasilkan dengan menggunakan kuning telur yang dimasak dalam air gula, sama seperti kuih jala mas, tetapi mempunyai cara penyediaan dan rupa yang berbeza.Kuih mas sejemput disediakan dengan kuning telur yang dipukul sehingga naik sedikit dan diceduk ke dalam air gula yang menggelegak. Selepas beberapa lama apabila masak, adunan itu diangkat dan kemudiannya dijemput dengan tangan kepada bentuk akhir.Kuih mas sejemput mempunyai bentuk yang khusus dan berlainan, seperti tiga segi beropol. Ia biasanya hanya disediakan untuk perayaan istimewa seperti peminangan, perkahwinan dsb. Ini disebabkan cara membuatnya yang cerewek dan hanya menggunakan kuning telur menyebabkan kos yang tinggi. Biasanya ia dihasilkan bersama kuih tahi itik kerana untuk tidak membazir putih telur yang baki.